Search This Blog

Monday, 25 April 2011

SURAT KASEH DARI KAK NISAH....

Allahyarhamah nenda  saya suka sangat mendengar nyanyian biaduanita  yang seorang ni. Anak kelahiran Singapura pernah muncul sebagai penyanyi undangan dalam  filem A -Go -Go -67. Sanisah  Huri  salah seorang penyanyi wanita yang  cukup gah pada zaman pop yeh -yeh    dan  era 70an.Beliau  merupakan  anak didik Kassim Masdor.  Menerusi EP yang dikeluarkan  pada tahun 1969 , beliau  melantunkan empat buah lagu.Lagu  yang begitu menyerlah SELALU...Aku rasa album  ini memang dah tak ada lagi di pasaran. "The rare species "  Selalu juga aku putarkan rekodnya di rumah ,apa tidaknya dah puas dengar lagu -lagu melalui cakera padat  ,sekali -sekala  balik pula ke zaman piring hitam. Keluarga aku pun  suka juga dengar  lagu-lagu lama sedemikian .




Antara  lagu - lagu yang terdapat dalam EP ' SURAT KASEH ' :

SIDE  A
1. Surat Kaseh  - Kassim Masdor/ S.Sudarmaji /Pathe Publications
2. Kesah  Waktu  Hujan  - S.Sudarmaji / Pathe Publications

Side   B
1. Selalu - Copyright Control ( Lagu saduran )
2. Selasa  Pukol Satu - Kassim Masdor/ S.Sudarmaji  /Pathe Publications

Sunday, 24 April 2011

Runut Filem Cina

 
          Zaman 70an , filem -filem Cina turut  membanjiri  persada  dunia perfileman tanah air. Shaw Brothers salah sebuah  syarikat gergasi  terbesar dalam dunia perfileman  turut  menerbitkan filem-filem  yang bercorak muzikal .  Lagu -lagu runut " Ripples "  yang bermaksud " Riak Ombak " / Desiran Ombak " diterbitkan oleh syarikat rakaman  Super Sound Record Company .
                                                                                                       

Bagi pembaca  yang tahu membaca tulisan Mandarin ,bolehlah berkongsi  tentang lagu-lagu yang terdapat dalam EP. " Ripples ' merupakan koleksi lagu Mandarin yang ada dalam simpanan  saya. Jangan kau fikir orang Melayu tak minat lagu Cina ( Mandarin ).

Saturday, 23 April 2011

Tiar Ramon and The Commandos





Tiar  Ramon  penyanyi  kelahiran  negara  jiran  Indonesia  mempunyai  suara  yang cukup lantang  ketika  mengalunkan lagu . Antara  lagu  yang paling  aku gemari   " Jauh Di Mata " nyanyian asal biduan S. Effendi .Piring hitam ini terbitan Yusaini Amir  di bawah label  Panda Records dikeluarkan pada tahun 1970.

Antara  lagu - lagu  yang terdapat  dalam EP ini ialah : -

Side One
1. Moga  Berjaya - Proud Mary / Yusaini Amir
2. Maafkan Beta - Amore Scusame

Side Two
1.Perpisahan - Time / Dahmau
2.Jauh Di Mata - S. Effendi




Koleksi Piring Hitam Lama

Aku amat menghargai sumbangan teknologi lama dalam dunia muzik pada masa dulu. Antaranya piring hitam .Dekad 50an telah menyaksikan kewujudan piring hitam batu yang juga dikenali SP.Piring hitam jenis ini biasa dimainkan dengan alat pemain gramophone. Kemudian di era 60an , muncul pula rekod atau piring hitam  bersaiz EP ( Extended Play Record )yang mengandungi dua buah lagu bagi satu permukaan piring hitam. Piring hitam EP lebih sinonim dengan pemain "turntable".
Masa terus berlalu seiring dengan kemajuan teknologi pada masa itu.Muncul pula piring hitam jenis LP ( Long Play Record)yang boleh menyimpan lebih banyak lagu bagi  sesebuah album penuh.Walau bagaimanapun pada penghujung tahun 70an  katrij dan kaset  mula menakluki  pengguna piring hitam .Mungkin anda tidak percaya bahawa di luar sana , piring hitam mula menjadi kegilaan para pengumpul barangan itu berdasarkan nilai sejarahnya . Aku pun tidak terkecuali...Inilah antara koleksi  yang ada...


Lagu -lagu dari filem Hindustan berjaya  mencuri  sgelintir peminat muzik yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu. Antaranya filem PYAR MOHABBAT ( 1966).

Side A
1. Hello, Hello, Sun, Sun, Sun- Sharda
2. Tere Siva  - Sharda

Side B
1. Mil Gai Mil Gai Mil Gai Re - Mohd. Rafi
2.Aap Naraz Khuda Khair Kare - Mohd. Rafi

 Piring hitam jenis EP  yang  aku beli daripada  seorang pengumpul  piring hitam lama  dengan  harga  RM5. 00 sekeping. Sekarang mungkin  harganya lebih tinggi

Thursday, 21 April 2011

Aplikasi kemudahan teknologi.....

Dunia semakin maju. Serba-serbinya canggih, manusia berlumba-lumba untuk mengetengahkan produk-produk terkini untuk kegunaan penduduk dunia. Sebut saja laptop, handy camera , kamera digital , internet , telefon bimbit dan sebagainya sudah menjadi perkara yang rutin dalam kehidupan seharian.Justeru selagi hayat masih ada , janganlah anda meminggirkan diri untuk mengaplikasi kemudahan teknologi yang membawa manfaat kepada kehidupan harian kita. Kata orang , tiada yang lama , maka tiada yang baru. Renung- renungkanlah sejenak.