Search This Blog

Friday, 11 November 2011

KERONCONG@KRONCHONG@ KRONTJONG...... BUKAN KECORONG ..

 
         Salam muhibbah..Syukur kehadrat Ilahi kerana masih dilanjutkan usia kita hingga ke detik-detik ini.Kali ini kita  akan mengetengahkan  EP keroncong karya  Syaiful Bahri@ Sjaiful Bahri  yang cukup popular dengan irama-irama keroncong  yang cukup  menjentik perasaan..EP keroncong berkenaan kita perolehi ketika berkunjung ke sebuah premis jualan barangan terpakai/kitar semula di  Batu Kawa New Township (MJC ),Kuching.
          Lama juga kita terfikir hendak beli atau tidak...Mana tidaknya, harga yang ditawarkan RM10.00 .Bagi peminat pengumpul piring hitam yang "akut" ,harga tersebut sudah cukup murah. Apatah lagi piring hitam macam  ni , memang susah nak cari...Walau bagaimanapun kita berusaha juga untuk mengurangkan harga daripada taukeh neo yang cantik manis...Tawar punya tawar ,akhirnya dapat juga harga RM7.70....Bagi kita ,harga tersebut sudah cukup memadai kerana di bandaraya Kuching ni susah nak cari piring hitam berbanding di bandaraya Kuala Lumpur.Setibanya kita di rumah,EP tersebut terus diputarkan melalui "record player" .  Ternyata kualiti rakamannya setanding keluaran piring hitam keluaran Philips Records.      



Muka  hadapan.
Lagu- lagu Kronchong Pilehan Karya Sjaiful Bahri ( Lagu -lagu Keroncong Plihan Karya Syaiful Bahri.) keluaran Mega Records dengan nombor pendaftaran ME.0103 KR.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut ialah :
Muka Satu
1.Kronchong Ramona : Nyanyian Sjaiful Bahri
2.Kronchong Serenade : Nyanyian Masnun
Muka Dua
1.Kronchong Petir : Nyanyian Subardini
                                                   2.Kronchong Tudong Periok : Nyanyian Masnun

Sunday, 19 June 2011

Antara Koleksi Album Search Yang Susah Dicari.......


1. ALBUM PERTAMA SEARCH  : CINTA BUATAN  MALAYSIA
Masih ingat lagi tahun 1985 di zaman persekolahanku , "Battle Of The Band " muncul dengan gabungan beberapa kumpulan rock yang baru menapak dalam  dunia seni suara tanah air.Antaranya Ella & The Boys, Bloodshed , Rahim Maarof, Lefthanded ,Burnmark dan lain -lain.Kemudian pada Ogos 1985 dunia seni tanah air dikejutkankan lagi dengan  kehadiran sebuah kumpulan rock  yang baru , Search . Search  muncul buat pertama kalinya  dengan album yang berjudul  " Cinta  Buatan  Malaysia. Selain daripada Amy( Imi ) sebagai vokalis utama, Search  turut  dianggotai oleh Man , Din , Yan  dan Yazid ( Yasid ).
     Kumpulan  Search amat bertuah  kerana mendapat khidmat komposer  ternama  dari Singapura  ketika itu iaitu M.Nasir . M.Nasir  pernah  menerbitkan dan menggubah  beberapa buah lagu sentimental yang cukup popular  dan sinonim dengan Alleycats dan lagu -lagu nasyid  untuk Kumpulan Al-Jawaher di Singapura.Caturan M.Nasir  tidak sia - sia kerana  5  buah lagu yang dicipta oleh M.Nasir  mendapat respons positif  daripada pendengar .Malah  lagu - lagu ciptaan M. Nasirlah yang  turut  menaikkan  nama Search  hingga  memberi saingan hebat kepada Kumpulan Lefthanded ketika itu.Wings belum rakam album lagi pada masa tersebut.
     Sebenarnya  penulis sedaya upaya berusaha   untuk mendapatkan  piring hitam Search , namun tidak kesampaian  memandangkan di bandaraya Kuching  music  store  tiada  menjual  vinyl  record lagi, yang ada  lagu-lagu Inggeris dan Cina.Album Melayu  dan Indonesia  semuanya sudah habis dikebas pencinta/pengumpul  vinyl  record. Khabarnya  di  bandaraya  Kuala Lumpur ( Amcorp Mall ) juga menerusi laman web di internet , permintaan  terhadap piring hitam kumpulan rock klasik tempatan  melambung tinggi hingga mencecah RM300.00 ke atas  untuk satu album  termasuk Search, Wings dan lain-lain.Begitulah dalam dunia perniagaan , apabila permintaan tinggi, penawaran kurang sudah pasti harga melambung naik - fakta ekonomi .Apa - apapun  syukur juga kerana  masih dapat memiliki CD album pertama Search ini. Kualitinya  jangan cakap , seperti dalam studio.....Masa aku beli CD ini harganya cuma RM9.90 , original. Tiga bulan kemudian aku datang lagi dekat  premis berkenaan di Wisma Hopoh ( sebelah bangunan RTM Kuching) harganya terus naik RM35.00 ke atas. Berbaloi.... , taukeh Cina  sudah tahu permintaan semakin tinggi ,harga pun kena naik juga .Nasib baik aku kebas awal-awal  album-album tu, kalau tidak ,terpaksalah keluar duit lebih. ...alahai..

Informasi  tentang album  :
Kumpulan / Penyanyi   : Search ( Amy @ Imi )
Tajuk album                : Cinta Buatan Malaysia
Genre/ konsep            :  Rock
Tahun diterbit             : 1985
Penerbit / Edaran        : M.Nasir / Polygrams Records Sdn. Bhd. ( Malaysia )
Lagu -lagu popular      :  Isi Atau Kulit , Cinta Buatan Malaysia ,Cinta Sepi dan Kejora

                          2.ALBUM  KEDUA  SEARCH : LANGIT  DAN BUMI

Populariti  Search  semakin terserlah.Apa  tidaknya rata- rata  peminatnya   terlebih dahulu menerima kemaruk  irama rock  dari Barat  .Antaranya  Scorpion, Nazareth , Eagle , Led Zeppelin , Santana , Bee Gees, Black Sabbath, Rare Earth,  Uriah Heep, James Gang , Bad Company , Grand Funk dan banyak lagi ( sekadar menyebut beberapa nama  sahaja ) Letusan daripada  kumpulan - kumpulan rock Barat  tersebut menjadikan  irama rock  mula  bertapak di kalangan orang Melayu.Kejayaan album pertama Search merupakan kesinambungan untuk melahirkan album yang kedua.
           Walau bagaimanapun sebelum terbit album kedua ,berlaku perpecahan anggota dalam kumpulan tersebut. Anggota  asal  Search, Man dan Yan  telah keluar untuk membawa haluan masing-masing.Mereka diganti oleh Hillary Ang dan Nasir." Rozana " merupakan " the killer song " untuk album kedua tersebut yang masih mendapat sifu M.Nasir  selaku  penerbit .



        
Informasi  tentang album  :
Kumpulan / Penyanyi   : Search ( Amy @ Imi )
Tajuk album                : Langit  Dan Bumi
Genre/ konsep            :  Rock
Tahun diterbit             : 1986
Penerbit / Edaran        : M.Nasir / Polygrams Records Sdn. Bhd. ( Malaysia )
Lagu -lagu popular      : Meniti Titian Usang, Langit Dan Bumi , Bisa , Rozana ,
                                    ( Lagu tema  filem Rozana : Cinta 87  )
                                     



Saturday, 18 June 2011

Nostalgia Wayang 3: Filem Indonesia - " RINDU "

Dekad awal  70-an  ,negara jiran Indonesia  ligat menerbitkan filem-filem yang bertemakan kemasyarakatan. Isu seperti pengabaian  dan penderaan  kanak- kanak  begitu banyak digarapkan  dan dikupaskan  melalui layar perak.Antara yang  begitu  menyerlah  pada masa itu ialah filem RINDU .Filem yang diterbitkan pada tahun 1973 dengan peranan utama  pelakon yang cantik jelita   seniwati  Widyawati( Nancy) , Muni Cader( Kadir ) dan pelakon  kanak-kanak Ferry Irawan( Rindu).Memaparkan  kesengsaraan  Nancy ,seorang isteri  yang  terpaksa menyara seorang anak ( Rindu) setelah suaminya Kadir dipenjarakan . Nancy terpaksa menyerah Rindu kepada  saudaranya. Agak malang nasib Nancy apabila anaknya didera dan diperlakukan seperti haiwan oleh saudaranya sendiri. Sementara Nancy  difitnah dan dituduh mencuri barang kemas majikannya, lantas  diberhentikan kerja .Akibatnya dia terpaksa merempat.Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga  apabila suami Nancy sendiri termakan hasutan kononnya Nancy  menjual maruah ketika ketiadaannya.Kadir nekad mahu membunuh Nancy .Dalam filem  tersebut seniwati Rahayu Effendi memegang peranan sebagai saudara kandung yang galak dan kejam sehingga sanggup mendera anak saudara sendiri.

Filem  ini  mendapat sambutan yang hangat hinggakan terpaksa diulang tayang  dua atau tiga kali tayangan di sesebuah kampung terutamanya di Kota Samarahan. ( Kampung Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Baru, Kampung Meranek dan Kampung Pinang ).Nak tahu di mana panggungnya, sudah tentu bilik darjah Tahun Satu  di  kampung saya . Jangan marah, itu nostalgia  wayang tahun 70-an dahulu, kalau sekarang  sudah pasti Guru Besar akan diambil tindakan disiplin oleh Jabatan Pelajaran kerana membenarkan  bilik darjah dijadikan  panggung sementara. Itu zaman dulu, sekarang dah tak ada lagi.Cuma kenangan masih segar di ingatan....




                                    Widyawati  memegang peranan sebagai Nancy seorang isteri yang malang......
                                   Aku  masih  ingat  poster ( still photo ) filem ini digantung  di bawah pokok
                                   limau di hadapan  rumah  Pak Tuan Haji Mohammad  sebagai tarikan
                                   pada tahun 1975.Tinggal kenangan...VCD  yang  aku beli  denan harga
                                   RM10.00 .


Pertama kali menonton filem ini pada tahun 1975 , panggungnya  bilik darjah Tahun Satu. Tidak dapat dinafikan  perkhidmatan  wayang bergerak ( travelling movies ) cukup berjasa untuk menyajikan hiburan berbentuk  filem kepada penduduk luar bandar  yang masih jauh ketinggalan arus pembangunan pada era berkenaan.

Kaset- kaset penyanyi era 80-an dan 90-an

Kaset merupakan perisian yang mudah  dibawa dalam apa jua situasi.Walau bagaimanapun  kalau kurang penjagaan , pita kaset mudah rosak akibat habuk dan  haba  yang tinggi.Berikut  merupakan sebahagian  koleksi kaset  yang pernah menghidupkan  industri rakaman di Malaysia sedikit masa dahulu.

KASET  1
Kumpulan / Penyanyi  : Carefree  (  Jay Jay )
Tajuk  album              : Kebebasan III
Tahun diterbitkan       : 1980
Terbitan/ Edaran        :  S. Atan / EMI ( Malaysia ) Sdn. Bhd.
Lagu popular             :  Menyesal Tak Berguna ,Bingkisan Hati, Joget Anak Gembala dan banyak lagi.



KASET  2

Kumpulan / Penyanyi      :   Kumpulan Wow  ( Ayai )
Tajuk  album                  :    Kau  Yang Satu
Tahun  diterbitkan           :   1991
Terbitan / Edaran            :    A-lan  / Warnada Sdn. Bhd.
Lagu popular                  :   Kau  Yang Satu , Malam Merana , Tarian Lelaki




KASET  3

Kumpulan / Penyanyi  :  Slam  ( Zamani  Ibrahim )
Tajuk  album              :  Kembali  Merindu
Tahun diterbitkan        :   1996
Terbitan                     :   Slam
Edaran                       :   BMG Music ( Malaysia ) Sdn. Bhd.
Lagu popular              :   Kembali Merindu,  Suratan , Kita Terpaksa Bermusuhan , Jika Kau  Rasa 
                                     Getarnya ,  Masih  Ada Cahaya


Nostalgia wayang 2 - Filem Hindustan : MERE SANAM

Salam sejahtera.. Lama  dah tak menghantar dalam blog tok. Sori ,kali tuk kamek   kelaka urang Sarawak pio Meranek campur urang Kuching. If you  can't  understand about Sarawakian dialect, never mind. You can study. I believes some of  Semenanjung  peoples know Sarawakian dialect.Cayalah Satu Malaysia..

Mun jeman dolok taun 70an ,cerita Hindustan nang diminat oleh  urang tempat kamek. Datang ajak motor wayang ( travelling movies boat ), nang berderet sidak yo nunggu  nak nangga pekerem wayang ( still photo/poster).Nak pertama kali ditanyak " Berkala( color ) sik  cerito tuk ?Mun cerito yo kala ( color), banyaklah urang nangga malamnya. Tambah agik mun ado pelakon penari  kabaret seniwati Helen, banyak urang mudak ngan tuo endiat.Helen yo nang endak empereno. Najir ( seksi atau lucah  )  gilak mun nyeh berjoget.Tapi yolah nyuruh tiket wayang abis dijuai.Kamek  agik ingat pilim-pilim ( filem/film) Hindustan yang pernah diembak tokey wayang dolok. Antaro cerito nyeh ialah "Puraskar" , Apna Desh , Wild Cat , Maa Beta , The Train , Waaris dan banyak agik. setauk aku, Bobby, Haathi Mere Saathie sik sempat dimain  bilo sidak  Pejabat pelajaran nganok sekolah dipakey main wayang. Tambah juak pilim yo agik laku  dimain di panggung -panggung wayang. Jadi  pilim  lain dimain  sidak tokey wayang yo.




   SALAH SATU  KERATAN DARI MAJALAH MASTIKA  FILEM,SINGAPORE....TAHUN 1966

Atas yo mun kitak nangga  keratan  yang kamek dapat dari majalah Mastika Filem Singapore ,1966. Cerita Hindustan "Mere Sanam " nak dikeluar tahun 1965. Urang mudonya Biswajeet  dan urang empuannya  seniwati  Asha Parekh. Mun kitak nak tauk , duak -duak pelakon tuk dah tuo umor 70 tahun lebih, tapi pilim nyeh masih suko urang endiat . Nang  sik lejuk kato urang dolok .Lagu nyeh pun bagus.. Kamek masih ado nyimpan piring hitam tuk di rumah pakey koleksi. Susah nak encarik barang kedak tuk.Raso nyeh cukup dolok untuk kali tuk. Mun ado maso , kelak kamek nyambung agik. Mupok lok kito..

Bagi yang tak faham  dialek  Melayu Sarawak khasnya di bahagian Kota Samarahan , harap tidak putus- asa untuk belajar . Kebanyakan  para  pelajar  dan guru pelatih  dari Semenanjung yang  menuntut di Sarawak, khasnya di Kota  Samarahan pandai berdialek  tempatan Sarawak. Syabas pada mereka .Jika ada masa terluang nanti , saya akan cuba poskan  koleksi  kaset - kaset  lama .Begitu juga  dengan  cakera padat  .Piring hitam banyak yang bersaiz 12 inci. "Cover"nya  agak besar, terpaksa diambil foto dahulu kemudian diedit...Nak "scan " tak muat terlampau besar. Jumpa lagi .Wassalam...








Sunday, 8 May 2011

NOSTALGIA WAYANG DAHULU

Dunia semakin berubah, usia semakin bertambah  namun nostalgia lama masih terpahat  dalam setiap kotak ingatan kita yang bernama insan.Aku masih ingat zaman kanak- kanakku ketika  di kampung dahulu .Wayang merupakan sumber hiburan utama ,maklum saja kampung yang terpencil jauh dari bandar Kuching.Pada masa itu perkhidmatan wayang bergerak ( travelling movies ")cukup popular Seingatan aku, ada dua buah taukeh wayang  yang beroperasi iaitu Shaws Brothers  dan Cathay Keris.Apabila kapal kotak  / bot kecil  yang  bakal menayangkan filem tiba di Pengkalan  Pak Haji Mohammad , seluruh kampung akan riuh untuk mengetahui filem yang akan ditayangkan.Masa itulah peluang untuk penduduk kampung yang ingin mendapat " pas percuma " menonton wayang akan berlumba-lumba  menyumbangkan tenaga untuk mengangkut  peralatan elektrik seperti  generator ,set tayangan filem , layar perak ( kain putih), dan "still photo"."Still photo" atau poster wayang  akan  diarak sekeliling kampung sebagai salah satu strategi pengiklanan terus. Cukup meriah macam filem P.Ramlee.
Lazimnya  filem -filem yang menjadi kegilaan pada masa itu ialah filem Hindustan dan Mandarin yang bercorak aksi/karate/kungfu yang dipelopori oleh Shaws Brothers.manakala filem-filem Melayu purba pula  di bawa oleh Syarikat Keris Filem/ Cathay Keris Film.Walau bagaimanapun sebelum itu filem-filem lakonan P.Ramlee  kerap diketengahkan di sekitar 50an dan 60an. Namun era 70an  mereka lebih banyak  memutarkan filem-filem Hindi, Mandarin , English dan Indonesia  di kampung aku.Filem-filem Melayu purba keluaran Cathay Keris lebih dekat di jiwa penduduk kampung aku kerana nilai kemelayuannya lebih tinggi  terutama   yang dibintangi Nordin Ahmad, Latiffah Omar , Ummi Kalthoum ,Wahid Satay ,Siti Tanjung Perak dan ramai lagi....
                                                                                                                                  

( Gambar ini dipetik dari majalah MASTIKA FILEM  1966  yang beralamat di P.O.Box  71, Geylang, Singapura 14 . Salah satu koleksi bapa saudaraku yang sempat diselamatkan oleh ayahku ketika hendak  di buang ke dalam sungai )

Aku  masih ingat , kalau wayang yang dibawa  oleh Jabatan Penerangan , maka  "port'nya  ialah di gelanggang badminton  yang sekarang  sudah menjadi bengkel  kereta  Encik Nyaru.Kenapa ini berlaku ?? Jawapannya wayang dari Jabatan Penerangan lebih bercorak kepada pendidikan  dan  mengetengahkan  isu - isu  semasa  yang diterajui oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditayangkan secara  percuma setiap kali  waktu  pendaftaran  pemilih- pemilih  baru untuk SPR. Memang cukup bijak kerajaan  menyebarkan  peranan mereka.
Bagaimana pula  dengan wayang yang berbayar ?  Ada  panggungkah ? Nak tahu tempat tayangannya di tingkat bawah bilik darjah satu. Layar putih digantung di hadapan papan hitam. Begitu juga alat pembesar suara. Manakala set tayangan filem termasuk projektor bolehalih diletakkan di atas pentas bersama  dengan gulungan filem serta  alat pemain piring hitam untuk diputarkan pelbagai jenis  lagu sementara tayangan jam 8.00 malam.Lazimnya tayangan dimulakan selepas sembahyang Isyak  . Aku masih ingat lagi  ,selepas  tayangan filem , siangnya kami terpaksa membersihkan bilik kelas tersebut yang dipenuhi sampah -sarap seperti kertas , kulit kuaci bunga dan kuaci tembikai, bekas bungkusan makanan ringan dan macam-macam ada. Bila dilaporkan kepada guru kelas , jawapan yang diterima  adalah sama.. bersihkan saja. Apa tidaknya  guru kelas pun dapat pas percuma menonton wayang.Itulah nostalgia wayang di era 70an  tatkala  aku masih di sekolah rendah...Berhenti setakat ini akan disambung kemudian..